Subscribe: Posts Comments - FACEBOOK
  • Home
  • About Majalah Biar Betul
  • Sitemap
  • Exchange Banner
  • Pengiklanan
  • AGAMA
  • EKSKLUSIF
  • FAIL-X
  • GLOBAL
  • INFORMASI
  • KESIHATAN
  • MISTERI
  • MITOS
  • PELIK
  • REKABENTUK
  • SERAM
  • TEKNOLOGI

Sedang kita dihebahkan dengan berita-berita dan beberapa spekulasi huru hara besar akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan yang secara kebetulan jatuh pada hari jumaat pada tahun 2012. Kita digemparkan pula dengan kejadian suara aneh dari langit yang sangat kuat dan menggerunkan yang berlaku pada 11 dan 12 Januari lepas di negara kita sendiri iaitu di Kota Samarahan, Sarawak sehingga mendapat liputan meluas dari seluruh dunia.

Suara tu dikatakan didengar oleh beberapa penduduk di Samarahan pada pukul 3 pagi hingga ke waktu subuh. Suara ini seolah-olah bunyi dengkuran kuat dan ada juga mendakwa seperti bunyi seseorang bernafas menyebabkan penduduk terjaga dari tidur.

Ada juga dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi dari langit tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, namun dakwaan itu dinafikan penduduk kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin di dengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.

Ikuti rakaman video yang dirakam pada hari kedua 12 Januari 2012 di Kota Samarahan, Sarawak dibawah:


Sebenarnya, bunyi yang serupa juga pernah dilaporkan kedengaran di beberapa kawasan dunia sebelum ini seperti di Tennesse (Amerika) pada 12 Mei 2011, Kiev (Ukraine) pada 11 Ogos 2011, Aaborg (Denmark) pada 16 September 2011, Budapest (Hungary), Moscow (Rusia), Cichago (US), Sweden, Czeh Republic, Conklin (Canada) dan paling terkini di London (UK) pada 17 januari 2012. - boleh cari di YouTube

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh dari langit telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh dari langit itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP).

Ada juga yang mengandaikan bunyi aneh tersebut datangnya dari bunyi naga. Agak lucu bila kedengaran, mungkin ada yang berkata sebegitu hanya untuk jenaka, tapi tidak mustahil jika ada yang mempercayainya sebagai satu perkara yang benar selagi kebenaran belum di buktikan.

Terdapat juga beberapa hadis-hadis akhir zaman dan kitab-kitab dari ulama islam yang menyatakan perihal suara dari langit (suara para malaikat) yang mengaitkan dengan kemunculan Imam Mahdi.

Salinan hadis-hadis yang diambil daripada kitab Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar, karangan ulama besar Ahlus Sunnah, Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki al-Ansari (909H – 974H).

22. Seruan Dari Langit

“Pada kemudian kelak, akan terjadi bencana di mana orang yang berada di sebelahnya tidak menyedarinya melainkan dia sendiri turut tertimpa bersama-sama sehingga datang penyeru dari langit yang berkata, “Sesungguhnya pemerintah kamu semua adalah si fulan (maksudnya Al-Mahdi).”

56. Hamba Allah yang Terpilih

“Al-Mahdi dizahirkan pada bulan Muharam dan ada satu suara yang menyeru dari langit, “Ketahuilah bahawa hamba Allah yang terpilih adalah si fulan, iaitu Al-mahdi. Oleh itu, dengarlah perintahnya dan taatilah dia.”

Keterangan Daripada Para Sahabat RA
 8. Suara Hatif
“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran berada di pangkuan Keluarga Nabi Muhammad SAW,” maka pada ketika itu Al-Mahdi mulai gempar diperkatakan orang. Lantas umat manusia beransur-ansur mencintai Al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain lagi yang disebut-sebut oleh mereka melainkan Al-Mahdi.”
Keterangan Daripada Tabiin dan Tabiit Tabiin
1. Seruan Dari Langit

“Nama Al-Mahdi akan dipanggil-panggil dari arah langit.”

40. Terjadi Bencana Sebelum Al-Mahdi

“Alam ini akan mengalami bencana, suatu yang tidak berkesudahan, sehinggalah terdengar satu seruan dari langit, “Ketahuilah bahawasanya yang menjadi pemimpin kamu di dunia ini adalah si anu. Dialah pemimpin yang sejati.” Diulang-ulang sebanyak tiga kali”

41. Seruan Dari Langit

“Suara dari langit menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Rasulullah SAW.” Pada ketika itu suara dari bumi menyebutkan, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa.” Atau dia mengatakan “Al-Abbas.” Suara dari bumi itu adalah suara syaitan manakala seruan dari langit itu adalah Kalam Allah, dan seruan inilah yang menang.”

42. Lahirnya Puak-puak dan Berbeza-beza Pendapat

“Di dunia ini akan terjadi sikap berpuak-puak dan perbezaan pendapat, sehingga muncul suatu tangan dan seruan dari langit yang menyeru, “Ketahuilah, bahawasanya pemimpin kamu semua adalah si fulan.”

43. Suara Dari Langit

“Semasa Al-Mahdidan As-Sufyani bertembung dalam peperangan, akan terdengar suatu suara dari langit, “Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah adalah kawan-kawan Al-Mahdi.”

44. Tanda-tanda Pada Hari Itu Juga

“Tanda-tanda pada hari itu adalah adanya tangan yang menjulur dari langit yang dapat dilihat oleh sekalian manusia.”

54. Suara yang Memanggil-manggil Nama Al-Mahdi

“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama Al-Mahdi. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang, sama ada yang berada di Timur ataupun di Barat, sehinggakan orang yang sedang tidur pun akan terjaga kerananya.”

Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini.

Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami yang datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini.

Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.

*** sebarkanlah jika ianya bermanfaat agar timbul kesedaran di kalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa akan hampirnya akhir zaman. Wallahualam...

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, HAARP dipercayai merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.


Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

Selain itu, IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Diandaikan bahawa hasil dari IRI tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan ‘bunyi aneh’ seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia.

Kenali HAARP



HAARP bagaimanapun dikatakan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut sehingga kini. Program yang bermula sejak tahun 1993 itu sering dikaitkan sebagai penyebab kepada beberapa insiden bencana alam oleh beberapa saintis ekoran aktiviti-aktiviti program tersebut yang menjadi tanda tanya ramai pihak.

Dan mungkin ramai lagi yang tidak percaya bahawa kemungkinan kebanyakan bala bencana yang berlaku di dunia sekarang adalah buatan kerajaan Amerika Syarikat, dengan mereka memanipulasikan cuaca menggunakan HAARP, Scalar (teknologi dari Nikola Tesla) dan bermacam-macam teknologi lagi. Dan ada saintis yang telah membuktikan bahawa HAARP mampu mengubah cuaca, mengawal hujan, mengawal panas sejuk, dan paling hebat mampu membina satu tsunami atau gempa bumi berskala besar.

Konspirasi mengaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia telah berkisar sekitar teknologi yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat, telah sengaja mencetuskan bencana alam seperti Banjir Kilat, Taufan, Puting Beliung dan Gempa Bumi. Kejadian gempa bumi di China pada 2008 berukuran 7.8 skala ritcher juga dikaitkan dengan aktiviti yang dijalankan oleh HAARP.

Pencetusan bencana juga adalah salah satu projek 'depopulation' iaitu untuk mengurangkan populasi penduduk dunia.Ini mungkin satu lagi retorik dan propaganda mereka untuk mengaburkan dunia, kerana matlamat utama golongan-golongan elit antarabangsa yang juga berpengaruh dalam PBB ialah untuk mengurangkan populasi (depopulation) penduduk dunia ini dengan apa cara sekali pun kepada jumlah 4 billion orang sahaja menjelang tahun 2040.


Batu permata zamrud yang dikatakan terbesar di dunia telah dijumpai di Brazil dan dipotong di India. Permata gergasi ini mempunyai berat 11.5 kilogram dan kira-kira 12 inci panjang. Batu permata ini dinamakan 'Teodora' dan dalam terjemahan kasar bermaksud 'Hadiah Tuhan'.

Batu permata zamrud 57,000-karat ini akan dijual pada 28 Januari 2011 di Western Star Auctions di British Columbia, Kanada. Batu permata zamrud ini dinilai dari USD 1.15 juta dan ia hanyalah batu potongan kasar dan nilainya dijangkakan akan meningkat semasa lelongan dan bergantung kepada kemahuan individu yang ingin mendapatkan batu permata zamrud terbesar di dunia.

Batu permata zamrud ini sedang menuju ke Kelowna, British Columbia dengan keselamatan bersenjata. Rumah lelong akan memastikan batu permata itu dikawal ketat sehingga lelongan akhir bulan ini.

Mahu mengetahui lebih banyak mengenai batu permata gergasi ini?
Tontoni video di bawah.



Sains mengatakan bahawa bangsa-bangsa manusia gergasi tidak wujud. Adakah gergasi pernah hidup di Bumi? "Tapak kaki Goliath", adalah panggilan penduduk tempatan terhadap tapak kaki gergasi ini. Ia menjadi salah satu daripada rahsia Afrika Selatan.

Michael Tellinger menunjukkan salah satu gambar bukti yang terbaik bahawa terdapat gergasi di Bumi pada masa dahulu kala. Ahli-ahli geologi amat kagum dengan penemuan bekas tapak kaki gergasi ini yang berada dalam batuan granit kasar, iaitu kira-kira 4 kaki panjang.

Ia terletak di Afrika Selatan, berhampiran bandar Mpaluzi, berhampiran dengan sempadan Swaziland. Ia adalah dianggarkan antara 200 juta dan 3 bilion tahun berdasarkan pemahaman yang sedia ada sekarang hasil daripada pembentukan granites dalam pembentukan Bumi.


Pada tahun 1877 pencari gali di luar Eureka Nevada mendapati kaki manusia yang terputus ditemui melekat daripada batu kuarzit pepejal merah yang berasal dari masa dinosaur. Doktor-doktor perubatan telah mengkaji tulang dan menyatakan bahawa ia telah dimiliki oleh seorang manusia yang sangat moden. Yang menarik adalah saiz tulang. Mereka mengukur kira-kira 39 inchi dari tumit ke lutut. Pemilik tulang ini mungkin berukuran 12 kaki tinggi. Cerita ini banyak disiarkan dalam akhbar-akhbar masa itu.

Di Nevada, di wilayah Barat Daya Amerika Syarikat, satu puak asli iaitu Paiute Indians yang tinggal disitu menceritakan terdapat kumpulan gergasi berambut merah dengan ketinggian melebihi 12 kaki tinggal disitu sebelum puak itu mendiami kawasan itu. Gergasi-gergasi ini suka makan manusia dari puak Paiute dan ini menyebabkan puak Paiute menyerang hendap gergasi-gergasi itu. Gergasi-gergasi itu mendapat perlindungan di sebuah gua yang dikenali sekarang Gua Lovelock. Akhirnya, puak Paiute membakar gua tersebut dan memanah mati gergasi-gergasi itu.

Pada tahun 1911, pemungut tahi kelawar mula bekerja di dalam gua yang sama. Selepas menggali empat kaki, mereka mendapati banyak anak panah patah telah dilepaskan ke dalam gua itu sepertimana yang diceritakan oleh puak Paiute serta lain-lain artifak menarik, dan mereka juga menemui gergasi berambut merah. Walaubagaimanapun, hanya terdapat mumia dan rangka antara ketinggian dari 8 hingga 11 kaki.  

Terpulang kepada anda untuk membuat perbandingan ketinggian berdasarkan salah satu gambar tulang rahang gergasi dan rahang gigi seorang lelaki biasa.

Gambar National Geographic dari tahun 1920-an



Roy Chapman Andrews mengambil gambar lelaki 7 kaki lima inci ini pada tahun 1922 di Ulaanbaatar. Gambar ini tidak pernah disiarkan dalam berita ataupun majalah.




NORWAY

Penduduk di kawasan Troms sukar untuk mempercayai apa yang mereka lihat pada pagi pada 2 Januari 2012 selepas sambutan tahun baru apabila sejumlah yang sangat besar, kira-kira 10 hingga 20 tan ikan Hering mati terdampar di persisir pantai. Bandar Troms adalah kawasan bandar yang kesembilan terbesar di Norway di diami penduduk. Bandar ini lebih panas berbanding tempat-tempat lain yang terletak pada latitud yang sama, disebabkan oleh kesan pemanasan Gulf Stream yang berasal di hujung Florida.

Dan yang lebih menghairankan adalah apa yang berlaku seterusnya, kerana semasa pihak tempatan memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan sisa haiwan sebelum mereka mulai membusuk, kesemua ikan Hering hilang dihanyutkan oleh air pasang.

Pelbagai teori mengenai insiden itu tetapi tidak ada seorang pun mengenal pasti apakah yang berlaku di kawasan mendaki popular di perbandaran Nordreisa itu. Walaupun pelbagai teori telah tersebar, Jan-Petter Jorgensen (44), menjelaskan telah terlihat kematian ikan Hering besar-besaran di persisir pantai bersama anjingnya, Molly.


Ada yang mengatakan bahawa sesuatu yang serupa telah berlaku pada 80-an, dan terdapat spekulasi di kalangan orang lain dimana terdapat air sungai yang mengalir ke laut di belakang tanjung tempat tersebut, mungkin menyebabkan sesuatu telah berlaku. Mungkin ikan itu telah terperangkap dalam persekitaran oksigen yang kurang, dan kemudian mati akibat air tawar.

Jorgensen menganggarkan setiap ekor ikan Hering dengan berat 100-150 gram, dan jumlah itu mungkin kira-kira 20 tan. Sekarang, apa yang membimbangkan adalah apa yang mungkin berlaku jika tiada siapa yang datang untuk membersihkan bangkai tersebut.


GUANGZHOU

Beribu-ribu ikan ditemui mati pada hari isnin,10 Januari, 2012 di sungai utama di selatan wilayah Guangdong, selepas pihak berkuasa tempatan mengesahkan. Ikan terapung dilaporkan dalam kawasan tiga kilometer Sungai Xijiang di Bandar Jiangmen pada pagi Isnin. Keadaan bertambah baik hari Selasa dimana ikan mati tidak lagi ditemui, kata Zhao Yanqiang, jurucakap publisiti Jabatan Bandar.



Suatu siasatan awal telah memutuskan bahawa kekurangan oksigen atau suhu air yang rendah sebagai punca kematian ikan itu. Pihak berkuasa tempatan telah memulakan tindakan pantas pada hari Isnin untuk membuang ikan yang mati, kata Zhao.

Siasatan lanjut bakal dijalankan oleh pihak berkuasa alam sekitar dan perikanan tempatan. Sungai Xijiang merupakan anak sungai utama Sungai Pearl, iaitu sungai ketiga terpanjang di China dan laluan air yang sangat penting yang di seluruh kawasan tengah Guangdong.

Misteri artifak ini sentiasa menjadi perdebatan hangat di antara penyokong teori penciptaan dan teori Darwin. Jadi apakah ia? Artifak tukul besi London yang dikelilingi oleh jisim pepejal batu "Cretaceous". Pemegang tukul diperbuat daripada kayu dan sebahagiannya telah menjadi batuan.

Ia ditemui di London, Texas. Pada Jun 1936, semasa Max dan Emma Hahn berjalan-jalan di Red Creek, berhampiran rumah mereka di London, Texas. Ketika itu mereka ternampak batu terbonjol dengan sekeping kayu yang melekat padanya. Beberapa waktu kemudian anak mereka, George memecahkan batu tersebut dan menunjukkan ada tukul logam di tengah-tengah batu tersebut. Hahn mengasah tukul itu untuk melihat jika ia benar-benar logam. Tempat yang mereka asah itu tidak berkarat sejak dari waktu itu iaitu 50 tahun yang lalu. Jadi siapakah kita untuk membuat fosil yang luar biasa ini?

Selepas ujian dijalankan, ia menunjukkan bahawa tukul itu sebenarnya besi. Tukul itu mengandungi 96% besi, 2.6% klorin dan 0,74% sulfur. Tiada buih terperangkap dalam logam tukul itu sama sekali. Malah, kualiti besi itu adalah sama atau melebihi kualiti mana-mana besi yang terdapat dalam dunia moden sekarang.

Persoalanya, mungkinkah teknologi zaman dahulu benar-benar maju? Adakah ini sebenarnya tukul dari dunia yang wujud sebelum banjir Nabi Nuh a.s? Tiada siapa yang tahu dan pasti. Ia masih lagi menjadi salah satu daripada rahsia-rahsia besar di dunia.

Sang Kelembai atau Sang Gedembai begitu sinonim dalam cerita-cerita rakyat dalam masyarakat melayu yang sering diceritakan mempunyai kuasa sakti dan kebolehannya menyumpah manusia atau haiwan menjadi batu ketika dia sedang marah.

Menurut cerita lagenda, apa sahaja yang ditegur oleh Sang Kelembai akan bertukar menjadi batu.

Makhluk ghaib ini sering digambarkan dengan fizikal yang bersaiz gergasi, berwajah hodoh, berperwatakan bengis, berambut merah dan panjang. Ia amat digeruni oleh makhluk-makhluk lain.

Sang Kelembai biasanya tinggal di dalam hutan belantara dan berhampiran sungai. Ia juga dikatakan gemar makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung pada masa itu sukar mendapatkan buluh.

Cerita Sang Kelembai sangat popular dikalangan masyarakat melayu yang tinggal di Perak, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang dengan masing-masing mempunyai versi cerita yang berbeza.

Versi Perak

Diceritakan, pada suatu hari Sang Kelembai sedang membuat belat ikan merentangi Sungai Perak tiba-tiba turun lima ekor gajah untuk mandi-manda disitu dan membuat bising hingga mengganggu ikan yang ingin ditangkap oleh Sang Kelembai. Lantaran daripada itu, ia hilang sabar lalu bertempik menyebabkan 5 ekor gajah sekali gus menjadi batu. Batu itu masih ada di Kampung Ara Panjang.

Batu berbentuk seakan-akan gajah di Batu Gajah, Perak
Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah-gajah di situ telah membuat bising dan telah ditegur oleh Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.

Dikatakan juga, pemukaan berbatu di sekitar air terjun Lata Kinjang di Tapah dan Lata Batu Hampar di Padang Rengas terbentuk hasil sumpahan Sang Kelembai selepas berang ekoran anaknya mati dihempap pokok.


Versi Pahang

Menurut cerita orang-orang tua di Kampung Batu Sawar, terdapat sebuah batu berbentuk sawar iaitu sejenis alat menangkap ikan di dalam Sungai Pahang. Para pengunjung boleh melihat sendiri batu sawar ini lebih-lebih lagi menjelang air surut. Batu ini dikatakan terkena sumpahan Sang Kelembai kerana menghalang laluannya. Batu tersebut kemudiannya digelar Batu Sawar dan akhirnya menjadi nama rasmi bagi kampung tersebut.

Kisah Sang Kelembai di Kuala Tahan biasa diperkatakan dikalangan masyarakat kampung dan orang asli suku kaum Batek dan Semelai. Di khabarkan, ia suka singgah di kawasan air terjun 4 tingkat dan sebuah taman yang kini digelar sebagai ‘Wray’s Camp’ disebabkan keindahannya. Terdapat juga kesan tapak kakinya di puncak Gunung Tahan.

Tapak kaki yang dikatakan milik Sang Kelembai di puncak Gunung Tahan

Banyak kawasan kampung dikaitkan dengan kisah Sang Kelembai. Antaranya ialah Batu Papan, Gua Kota Gelanggi dan Batu Katak.

Di Gua Kota Gelanggi ia sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Di situ juga wujud batu menyerupai pengantin bersanding, ular dan singa yang dipercayai akibat sumpahan Sang Kelembai.

Versi Kedah 

Di Kodiang, terdapat batu seperti seekor kerbau yang dikatakan di sumpah oleh Sang Kelembai di Gua Kerbau yang mana, satu daripada gunung disitu menjadi destinasi pelancongan terkenal.

Versi Pulau Pinang

Pulau Pinang juga turut mendapat tempias Sang Kelembai. Di Batu Maung, Pulau Pinang, kesan tapak kaki sepanjang 33 inci yang ditemui dan dipercayai tapak kaki Sang Kelembai. Kesan tapak kaki yang sama turut ditemui di Bayan Lepas, Pulau Jerejak dan Pulau Aman.

Memandangkan kesan tapak kaki Sang Kelembai sudah wujud beratus tahun di beberapa pulau sekitar Pulau Pinang, penduduk berbilang bangsa di sana mempunyai pelbagai cerita dan kepercayaan tentang Gedembai, mengikut budaya masing-masing.

*****

Masyarakat Melayu dahulu sering mengaitkan sesuatu penyakit atau kejadian pelik dengan alasan yang tidak rasional. Contohnya, bentuk batu-batu aneh dan batu menyerupai manusia yang dikatakan telah 'ditegur' oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang larang orang tua-tua.

Mungkin cerita mengenai Sang Kelembai direka bagi menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak bermain jauh dari rumah hingga ke kawasan hutan.

Kini, kisah Sang Kelembai dan sumpahannya kian dilupakan saban hari, namun namanya masih menjadi cerita lagenda yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
MyKad Smart Shopper Program
  • Recent Posts
  • Comments

Popular Posts

    Keajaiban Air Yang Tidak Bercampur8685708594592387502 Ganjil! Hotel Songjiang, China Dalam Kuari7276155388166916536 Misteri Melayu Bahagian 1: Piramid Warisan Melayu4611737705095031788 Gempar Ubi Berjantina Ditemui6564081462523304661 Kolej Kediaman UiTM Terbakar7170092826639123817

Komuniti Blog

Ping Service

PageRank Checking Icon

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Daftar Blog

  • Catatan Abu Umair
    360 SEDEKAH SEHARI
  • My Blogger Tricks
    Charged Conversations: Debates Shaping the Future of Car Batteries
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
  • Billy Info
    [Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929
  • King of the East: bani JAWI yang hilang "misteri"
    Sesiapa yg ikut jalan lain... tak akan jumpa jalan pulang
  • Minda Tajdid
    DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
  • Klik Aje !
    Adjust contrast of a pdf free
  • Rilekslah!
    Hello world!
  • Laman Kongsi
    Kata-Kata Terakhir Mangsa Nahas Bas Ekspres Sebelum Dijemput Ajal
  • ! TAO TAU AJER
    TAUTAK? - Jika Terlalu Banyak Cicak Di Rumah, Ini Petandanya…
  • Tak Mungkin Benar
    Kasut : Lelaki VS Perempuan
  • MacJay.Net
    Pesanan Tuhan kepada pembawa fitnah
  • Wallpaper, Graphic & Vector Collections
    Call of Duty Black Ops 3
  • Majalah Biar Betul
    Misteri MH370 - Pasangan Suami Isteri Dakwa Ketahui Jatuhnya Pesawat Malaysia Airlines
  • DUNIA EDY
    Kalimah Allah Pada Bumbung Tokong
  • AmNa cOrNeRrrr...
    pEnGaLAmaNnn
  • MistisFiles
  • Yiedpozi [Dot] Com
  • ar-rifke
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

footerwidget1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kosmo Online - Negara

Memuatkan ...

Kosmo Online - Rencana Utama

Memuatkan ...

footerwidget2

Jom Like Majalah Biar Betul

footerwidget3

Geng Biar Betul!

footerwidget4

.