Li Hongxiao yang berusia 30 tahun mampu mengimbangi objek dalam mulutnya sejak beliau masih kanak-kanak lagi. Li hanya menggunakan gigi untuk memegang 23 bangku kayu dengan jumlah berat 69 kilogram.
"Stuntman" China ini telah melepasi semua pencapaian beliau sebelum ini dengan berjaya mengimbangi beban luar biasa selama 11 saat, sebagaimana penonton di daerah Dazu barat daya China seperti tidak percaya apa yang mereka lihat.
Dengan setiap bangku berukuran 1 meter panjang, 45 sentimeter tinggi dan berat pada 3kg, gabungan berat tersebut mencecah 69kg sehingga hampir menyamai berat badan beliau iaitu 75kg.
Li yang berasal dari kampung Tianqiao di Chongqing, mula melakukan 'tarian singa' pada usia lapan untuk mendapatkan wang untuk menyara keluarga beliau. Selepas bertahun-tahun berkerja keras dengan penuh dedikasi, "Stuntman" ini mula untuk memperbaiki prestasi beliau dan pada tahun 2000, beliau mula memegang tiang buluh, tangga dan bangku dengan gigi.
Tetapi ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi Li. Kali pertama beliau cuba untuk mengimbangi 12 bangku, Li terselamat dengan 18 jahitan pada bibir bawah beliau.
Pemegang Rekod Dunia Guinness sebelum ini hanya mampu menguasai hanya 14 bangku jauh berbeza dari catatan terbaru tidak rasmi Li.
Gambar dua ekor memerang ini telah di tangkap oleh Marac Andrev Kolodzinski di Zoo Whipsnade di Dunstable, Bedfordshire. Beliau menghabiskan selama 2 jam bagi mendapatkan pergerakan atau saat yang sesuai seperti sedang berdoa.
Menceritakan pengalaman beliau ketika mengambil gambar memerang bersama kawan-kawannya pada ketika itu, sebenarnya seekor memerang sedang bermain dengan batu dan dengan tiba-tiba seekor lagi memerang melompat keluar dari dalam air yang menyebabkan memerang itu terkejut seterusnya menyebabkan batu yang dipegang melayang ke udara. Apabila kedua-dua memerang itu mula berebut, pada ketika itu gambar diambil.
Walaupun Marac telah mengambil gambar selama lebih 20 tahun, dan beliau berkata ini adalah kali pertama beliau menangkap imej yang sebegitu unik seperti ini.
Beliau banyak dipanggil oleh orang-orang agama kerana hasil karyanya berunsurkan ketuhanan. Pernah sekali beliau di panggil oleh seorang lelaki dari Switzerland untuk mengajar kepada semua orang tentang bagaimana beliau rasa, dan apa yang beliau alami pada masa itu.
Asalnya ditemui 13 tahun lalu semasa pembinaan lebuh raya yang baru, satu spesies dinosaur yang sebelum ini tidak diketahui telah dijumpai. Fosil dinosaur tersebut ditemui di kawasan tapak di tebing sungai Jialing berhampiran perbandaran barat daya Chongqing, China.
Dinosaur ini telah digelar Yueosaurus Tiantaiensis atau Tiantai Yue Dinosaur, yang berasal dari wilayah barat daya (Tiantai dalam daerah Zhejiang) di mana ia telah ditemui.
Menurut pihak berkuasa, wilayah ini pernah menjadi sebahagian daripada Negeri purba Yue semasa Tempoh Musim Bunga dan Musim Luruh lebih 2,500 tahun yang lalu.
Saintis telah mengenal pasti rangka ini sebagai sebahagian daripada kumpulan baru iaitu Ornithischians, juga dikenali sebagai dinosaur "burung pinggul" kerana struktur burung seperti pinggul mereka. Mereka adalah haiwan herbivor yang berkeliaran semasa purba China dalam tempoh Cretaceous kira-kira 100 juta tahun lalu.
Fosil tersebut mempunyai paruh seperti itik, iaitu 1.5 meter panjang, berdiri 0.9 meter tinggi dan berlari di atas dua kaki. Yueosaurus adalah dinosaur yang paling kecil sekali ditemui di China.
Ia adalah satu tugas yang sukar untuk mengenal pasti rangka ini, dan ia mengambil masa lima penyelidik dari China dan Jepun dan melebihi tiga tahun kajian intensif untuk menjelaskan bahawa ia memang tergolong dalam spesies yang berasingan, yang sebelum ini tidak diketahui oleh dunia moden.
Dinosaur jenis ini, iaitu ornithopods, sangat jarang ditemui di Asia, dan setakat ini, hanya empat spesies itu telah didedahkan di benua, menjadikan Yueosaurus yang kelima dan yang pertama dari tenggara China.
Laporan saintifik ke atas penemuan ini ditulis oleh Zheng telah diterbitkan oleh majalah British, Cretaceous Research.
Kedua-dua saintis Jepun yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah Masateru Shibata dan Yoichi Azuma, kedua-duanya dari Fukui Prefectural Dinosaur Museum.







