BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)
Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
- Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
- Warga emas sebatang kara
Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012
Penjelasan Mengenai Pendapatan Kasar Isi Rumah
Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama
- Ketua isi rumah
- Borang permohonan BR1M :
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Slip gaji terkini (jika berkenaan)
- Tanggungan:
- Salinan kad pengenalan tanggungan (sama ada suami/ isteri/ anak)
Carta Alir Mudah
Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai 10 Disember 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
MUAT TURUN BORANG DISINI
Pertanyaan lanjut
Untuk maklumat lanjut sila layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9 pagi sehingga 5 petang)
Talian juga akan beroperasi pada 10 Disember 2011 (Sabtu) dan 11 Disember 2011 (Ahad).
Kementerian Kewangan Malaysia
![]() |
| The Star bertarikh 26 Sept 2003, keris purba yang ditemui di Okinawa,Jepun |
The blade measuring 22.1cm from the tip to hilt was found without the handle and sheath, as the wooden parts had been destroyed. According to the Okinawa Prefecture Archaeological Centre officials the blade was found buried along with other items, including a clay plate with carvings of a dragon shaped boat, a glazed pot, a gold-plated door hinge and a metal door skirting. The castle restoration work started in 1989 and the Shurijo Park was opened to public in 1992 while restoration work at the temple is still ongoing.
Prof Dr Kurayoshi Takara a historian from the University of The Ryukyus said the discovery had not been publicised much and is unknown to people outside Okinawa and Japan. He believes the discovery of the blade of a keris would spark international interest among historians and archaeologists to determine its origin. “I personally believe it could have been from Malacca because the Ryukyus Kingdom had started trading with Malacca in the 15th century,” said Prof Takara, who has been to Malaysia and Malacca to carry out research on the ancient ties the Kingdom of Ryukyus had with Southeast Asian kingdoms.
Jika diteliti pada gambar diatas, tahulah kita bahawa keris tersebut adalah sebilah keris kebesaran seperti keris-keris yang digunakan semasa majlis pertabalan raja-raja di Negara kita! Bagaimana hanya melihat gambar keris diatas, sudah boleh mengatakan jenis keris tersebut? Untuk pengetahuan pembaca, keris untuk bertarung atau bertikam adalah berluk-tujuh, manakala keris berluk-sembilan adalah sebagai menunjukkan pangkat kebesaran seseorang. Selalunya, para pembesar dan juga sultan akan membawa dua bilah keris iaitu satu keris bertikam atau melindungi diri yang diselit di pinggang manakala satu lagi dibawa di tangan dengan penuh kehormatan mengiringi mereka.
** The keris is a weapon peculiar to the Malay Archipelago which encompasses Thailand’s Pattani region, Malaysia, Indonesia, the Philippines’ Mindanao region and certain parts of Cambodia. Historians believe the first keris was developed in 9th Century and perfected by 14th Century. In Aceh, the keris is call rencong and Sulawesi, badik. The keris is surrounded by mystery and there are tales of deaths being caused by simply thrusting the keris into a victim’s footprints. Sculptures of keris, dating back more than 400 years have been found in Central Java’s Chandi Borobudur where it is known as kujang.Allah telah memberi mukjizat kepada Nabi Daud a.s menjadikan besi lebur ditanganya! Ini membolehkan baginda membuat baju besi dan senjata. Baginda juga mahir dengan teknik menggabungkan logam atau alloy kedalam campuran besi untuk menghsilkan besi yang teguh dan utuh. Teknik ini dinamakan teknik ‘orichalcum’ pada zaman sekarang. ‘Orichalcum’ merupakan istilah latin untuk peleburan logam (pencampuran pelbagai logam untuk menghasilkan logam yg sgt keras & utuh (contohnya alloy,krom dan sebagainya).Mengikut teknik terkini, campuran logam tersebut harus dibuat oleh ahli yang pakar dalam bidang kimia di mana juzuk-juzuk atau jenis-juzuk besi yang hendak dicampur mestilah sesuai. Jika tidak, besi yang dicampur itu akan rapuh , hancur dan tidak tahan lama.
Mengikut satu kajian – rujuk buku Prof.Arysio Santos (Amazon.com) - hanya di bumi Mala atau Tanah Jawi ini sahaja satu satunya tempat yang di kesan mengamalkan teknik orichalcum yang tertua dalam peradaban manusia .Ia wujud di kalangan bangsa misteri Mala ( The descendant of the mountain Tribe).Teknik orichalcum(lebur logam)memang milik bangsa misteri ini. Keris – keris hebat seperti Taming sari juga dipercayai dibuat melalui kaedah Orichalcum ini dan dikatakan ia juga mampu menyerap tenaga eletromagnetic di alam maya ini dan boleh menguatkan aura /bioelectricity pemilik keris tersebut. Inilah kehebatan keris melayu , selain design uniknya yang sangat simetri sehingga ada keris yang mampu berdiri sendiri dan tidak jatuh ke lantai jika diletakkan secara menegak!
Sekarang, mari kita merungkaikan lagi bangsa misteri ini di nusantara! Kenapa ukiran keris juga diabadikan di dinding candi Borobudur tersebut? (lihat anak panah gambar diatas). Candi Borobudur merupakan salah satu dari keajaiban dunia. Borobudur adalah nama sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah.
Kod-kod rahsia dan ukiran-ukiran dinding candi itu menceritakan tentang kehidupan mereka dan sudah tentu keris adalah sebahagian dari hidup bangsa mesteri ini! Jadi, siapakah bangsa itu? Apakah kaitannya ukiran keris di dinding candi Borobudur dengan penemuan keris purba yang ditemui berhampiran piramid di dasar laut Okinawa. Mengapa saya mengaitkannya…Anda semua tentu mampu membuat penilaian sendiri.
Mereka adalah bangsa pengembara misteri yang hebat! Mereka meninggalkan kod-kod rahsia sejarah yang menhubungkan dengan bangsa mereka nanti. Dulunya, bangsa misteri melayu ini adalah bangsa yang gagah berani, bangsa pelaut dan pelayar yang terbilang yang mampu membelah lautan dan samudera. Tanpa memiliki ketinggian ilmu mana mungkin mereka membina tamadun yang disegani di serata pelusuk dunia.
Kepada anda yang memerlukan penerangan yang lebih mengenai bangsa misteri ini sila ke sini
![]() |
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel |
Cerita mengenai “Piramid Melayu” mungkin sudah lama diketahui. Jadi dalam entri kali ini menceritakan seberapa ringkas dan padat mengenai kisahnya.
Mengikut kepada kajian terdahulu, terdapat satu kaum yang tinggal di tepi tasik di pedalaman Jepun. Kaum tersebut mengamalkan cara hidup tradisional dan bahasa yang diguna pakai oleh mereka tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut. Bahasa mereka ini tidak ada persamaan langsung dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar Jepun kecuali tiga perkataan yang dikenal pasti memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain (Melayu). Perkataan itu adalah mata, batu dan air.
Kemudian baru-baru ini, timbul pula penemuan menumen sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat ditemui di dasar laut sekitar Okinawa, Jepun berhampiran Pulau Yonaguni! Piramid tersebut berada pada kedalaman 100 kaki dari aras laut. Mempunyai tangga, gerbang dan jalan berturap! Hebat bukan? Para pengkaji menjangkakan usia piramid ini adalah kira-kira sudah berusia 10,000 tahun berdasarkan dari ujian radiokarbon dan pada ketika itu dimana peradaban Jepun pada ketika itu hanyalah memburu binatang dan memungut hasil hutan untuk menyara diri.
Ini adalah sesuatu yang sungguh misteri jika dibandingkan dengan peradaban piramid di Mesir iaitu bermula kira-kira 5,000 tahun yang lalu. Jadi, siapakah yang telah membina piramid ini? Satu lagi penemuan yang dirahsiakan oleh para pengkaji iaitu tulisan mirip tulisan Rencong ditemui di barat daya struktur itu. Ia terukir di ruangan dalam piramid itu. Laluan tersebut ditutup dan tidak dibenarkan masuk oleh pihak tertentu.
Profesor Kimura dari Universiti Ryukyu, berkata "struktur piramid ini menyerupai dalam banyak aspek daripada menumen purba Maya di Amerika Tengah serta piramid di tanah besar Jepun, China, dan Mesoamerika," Walau bagaimanapun, tidak seperti yang lain, struktur ini adalah di bawah lautan. Dari manakah mereka datang? Dari cerita orang-orang Okinawa, ianya adalah tamadun yang hebat di mana keamanan dan keharmonian sentiasa dijaga. Legenda mengatakan bahawa ini adalah tamadun besar "dimusnahkan oleh hujan api dan ditelan lautan." Batu berukir dengan watak-watak yg sukar dibaca dari gua di Okinawa dipercayai sebagai suatu rekod tamadun yang hebat dengan banyak kuil-kuil yang telah ditelan oleh laut, muncul kembali untuk satu masa, dan kemudian hilang ke dasar laut.
Penemuan sebilah keris purba di sebuah kuil “Enkakuji Temple”di dasar laut Pulau Okinawa, Jepun.
Bersambung...Misteri Melayu Bahagian 2: Keris Purba Melayu
Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Yonaguni, Jepun :
The mystery of Yonaguni underwater structure01
Lemuria / Mu - (2008 English edition)



















































