LI HONGFANG yang berusia 40 tahun tidak pernah menyangka tumor yang membesar di mukanya sejak 10 tahun lalu menyebabkan dia dipinggirkan oleh penduduk kampung. Penyakit yang dikenali sebagai kordoma itu menyebabkan mukanya membesar dan membuatkan wanita yang bekerja sebagai petani itu kelihatan seperti raksasa.
Ibu kepada dua orang anak itu memberitahu, dia tidak mampu menampung kos membuang tumor itu kerana bayarannya terlalu mahal iaitu kira-kira 600,000 yuan (RM296,732).
Hongfang menceritakan, dia mula menderita penyakit itu pada tahun 2001 dengan hanya kesan tompok kecil di dahinya. Menetap di sebuah perkampungan di Tianchao, negeri Qianxian, dekat wilayah Shaanxi, dia disahkan mempunyai tumor selepas menjalani pemeriksaan empat tahun kemudian.
Doktor mengesahkan dia mempunyai tujuh ketul tumor di bahagian muka. Akibat tidak mampu mendapatkan rawatan, dia terpaksa membiarkan tumor itu membesar perlahan-lahan.
"Saya sedar ramai orang melihat saya seperti raksasa tetapi saya sebenarnya manusia biasa. Saya ibu kepada dua orang anak, bukannya seekor raksasa," katanya.
Dahulu, Hongfang seorang wanita yang cantik. Lantaran penyakitnya itu, wang simpanannya habis digunakan mendapatkan rawatan. Akhirnya dia pernah menjadi pengemis di bandar.
Pembedahan
"Hidup mesti diteruskan untuk ibu mertua, anak-anak dan keluarga. Namun, penduduk kampung sering menganggap saya wanita malang yang membawa kecelakaan. "Malah, mereka sering mengatakan suami saya akan meninggalkan saya tetapi Guo Yingping (suami baharunya) nampaknya sanggup menyimpan wang hasil bekerja di ladang untuk pembedahan saya," ujarnya.
Dia bersyukur kerana suaminya terus menyokongnya, begitu juga ibu mertuanya. "Saya hanya ingin menjadi wanita normal semula selain ibu yang bertanggungjawab membantu keluarga," katanya.
Suami pertamanya terbunuh dalam kemalangan jalan raya tidak lama selepas Hongfang melakukan pemeriksaan doktor, namun selepas itu dia berkahwin dengan seorang lelaki yatim piatu, Yingping pada tahun 2009. Mereka tinggal di kampung berhampiran.
Kedua-dua anak lelaki Hongfang, berusia 14 dan 17 tahun, telah meninggalkan kampung halaman untuk bekerja, walaupun si ibu membantah hasrat mereka.
"Kami tidak mempunyai banyak wang tetapi kami mencintai antara satu sama lain. Kami begitu menyayangi dua anak lelaki kami. "Tetapi anak saya mengambil tindakan nekad meninggalkan saya ketika saya amat memerlukan sokongan mereka," katanya sedih.
Namun, dia menarik nafas lega apabila kerajaan China bersedia menanggung kos rawatannya. Menurut seorang pakar perubatan, Xue Gang, pihak atasan telah mengarahkan mereka mengubati Hongfang walaupun berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan.
Seorang pakar bedah, Pan Lin dari Hospital Xijing, China, yang merupakan hospital wanita malang itu akan menjalani pembedahan memberitahu, keadaan Hongfang akan kembali normal selepas dibedah. "Penyakitnya cukup pelik tetapi tidak sehingga mengorbankan nyawanya. Selepas pembedahan membuang tumor, kami akan melakukan pembedahan plastik bagi memastikan dia cantik semula," katanya. - Agensi
Sumber
Chandra Wisnu, 57, mungkin satu-satunya lelaki di dunia ini yang menghidap penyakit kulit yang jarang berlaku apabila tubuhnya ditumbuhi dengan benjolan besar seperti buih. Bapa empat anak dari Indonesia itu jarang sekali meninggalkan kediamannya dan apabila dia berbuat demikian, dia terpaksa menutup mukanya dan memakai cermin mata hitam kerana bimbang diejek atau menakutkan orang lain. Jangkitan ketumbuhan mula tumbuh di wajah Chandra ketika dia berusia 19 tahun.
Apabila meningkat usia 24 tahun, jangkitan itu sudah merebak ke belakang badannya dan ketika dia berusia 32 tahun, ia sudah menutupi seluruh tubuhnya. Pada peringkat awal jangkitan, ibu bapa Chandra membawanya berjumpa beberapa doktor dan pakar sakit kulit yang bingung dengan keadaan penyakitnya yang teruk itu. Dia diberitahu keadaan itu berpunca daripada pengaruh genetik dan mungkin disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal hingga membawa kepada tumor yang tidak berbahaya pada kulit atau tulang.
Dia diberikan pelbagai jenis krim tetapi tidak dapat menghentikan penyakit itu daripada terus merebak. Berikutan gagal mendapatkan penawar dan tidak mampu lagi menanggung rawatan perubatan, Chandra terpaksa hidup dengan keadaan yang aneh. Dia berkata: Tidak ada rawatan khusus untuk penyakit saya. Saya hanya diberitahu supaya berjumpa dengan pakar kulit seorang demi seorang kerana mereka tidak tahu cara untuk merawat saya.
“Selepas itu, bapa tidak lagi percaya untuk membawa saya ke hospital dan sejak itu, saya tidak pernah lagi berjumpa doktor.
“Penyakit ini memberi kesan besar dalam hidup saya, benjolan ini sangat sakit dan gatal ketika cuaca panas. “Orang lain takut, mereka takut dengan wajah saya yang buruk ini dan bimbang mereka akan terkena jangkitan penyakit ini.
“Jadi, saya mengelak daripada orang ramai. Saya jarang sekali keluar rumah kecuali untuk menjemput anak perempuan saya, Hasunns dari sekolah. Dan bila saya berbuat demikian, saya menutup kepala dan wajah saya kerana saya tidak mahu anak perempuan saya dibuli rakannya kerana mempunyai bapa yang berwajah buruk,” katanya.
Chandra kini memutuskan untuk mendedahkan wajahnya kepada dunia dalam usaha mendapatkan rawatan pemulihan untuk penyakitnya selepas mendapat tahu anak lelaki sulungnya, Martin Ananda, 32 dan anak perempuannya, Lis Chandra, 26 juga mula menghidap penyakit yang sama.
Sumber
APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.
MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai 'ubat baru yang tidak diluluskan' kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai 'ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan' disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3 - 0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambah fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan. Oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.
Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin.
Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur, dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.
KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate - Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah 'Dental Fluorosis' (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.
PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas Ketua Bahagian Kimia, Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.
AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun / bahaya :
"WARNING : KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
"AMARAN : JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA"
FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN :
1. Kematian
2. Kanser
3. Ruam kulit
4. Luka kanser
5. Kelunturan warna gigi
6. Masalah gastrik
7. Penyebab atau membantu punca Kerapuhan Tulang
8. Keracunan saraf
9. Kanser tulang
10. Keretakan tulang
11. Menyebabkan kekurangan IQ di kalangan kanak-kanak
12. Meransang masalah buah pinggang di kalangan pesakit
BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.
http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/
UBAT GIGI BERTOKSID
Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).
Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.
Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.
Tinjauan cap ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik? Untuk mengetahuinya, per-hatikan gambar-gambar yang berikut

Sumber:
Panduan Cap –
Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik &
Produk Kegunaan Harian
UBAT GIGI BERTOKSIK - PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP)Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).
Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai 'sodium monofluorophosphate' (smlp) atau 'sodium fluoride' dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.
Tinjauan CAP ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik?
SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan

Baru-baru ini, “The U.S. Food and Drug Administration (FDA)” telah mengenalpasti empat belas (14) jenama ubat gigi dari Negara China mengandungi diethylene gycol (DEG) yang digunakan sebagai pelarut dalam agen antibeku.
Pengilang-pengilang produk tersebut adalah Goldcredit International Enterprises Limited, Goldcredit International Trading Company Limited dan Suzhou City Jinmao Daily Chemicals Company Limited. Jenama tersebut ialah:
1. Cooldent Fluoride
2. Cooldent Spearmint
3. Cooldent ICE
4. Dr. Cool
5. Everfresh Toothpaste
6. Superdent Toothpaste
7. Clean Rite Toothpaste
8. Oralmax Extreme
9. Oral Bright Fresh Spearmint Flavor
10.Bright Max Peppermint Flavor
11.ShiR Fresh Mint Fluoride Paste
12.DentaPro
13.DentaKleen
14.DentaKleen Junior.
2. Cooldent Spearmint
3. Cooldent ICE
4. Dr. Cool
5. Everfresh Toothpaste
6. Superdent Toothpaste
7. Clean Rite Toothpaste
8. Oralmax Extreme
9. Oral Bright Fresh Spearmint Flavor
10.Bright Max Peppermint Flavor
11.ShiR Fresh Mint Fluoride Paste
12.DentaPro
13.DentaKleen
14.DentaKleen Junior.

“Health Sciences Authority”, Singapura (HAS) pula telah mendapati 3 jenama ubat gigi yang mengandungi diethylene glycol:
1. Hei Mei toothpaste
2. Hei Mei Calcium toothpaste
3. Maxam Toothpaste with Fluoride
Di Malaysia semua kosmetik termasuk ubat gigi perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Kesemua jenama di atas tidak berdaftar dengan PBKD. Pengguna adalah dinasihatkan supaya memastikan produk yang dibeli adalah selamat dengan menyemak nombor pendaftaran di pek produk tersebut.
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah












