You Are Here: Home - Dunia , Misteri , Pelik - Suara Aneh Dari Langit Berlaku Seluruh Dunia

Sedang kita dihebahkan dengan berita-berita dan beberapa spekulasi huru hara besar akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan yang secara kebetulan jatuh pada hari jumaat pada tahun 2012. Kita digemparkan pula dengan kejadian suara aneh dari langit yang sangat kuat dan menggerunkan yang berlaku pada 11 dan 12 Januari lepas di negara kita sendiri iaitu di Kota Samarahan, Sarawak sehingga mendapat liputan meluas dari seluruh dunia.

Suara tu dikatakan didengar oleh beberapa penduduk di Samarahan pada pukul 3 pagi hingga ke waktu subuh. Suara ini seolah-olah bunyi dengkuran kuat dan ada juga mendakwa seperti bunyi seseorang bernafas menyebabkan penduduk terjaga dari tidur.

Ada juga dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi dari langit tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, namun dakwaan itu dinafikan penduduk kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin di dengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.

Ikuti rakaman video yang dirakam pada hari kedua 12 Januari 2012 di Kota Samarahan, Sarawak dibawah:


Sebenarnya, bunyi yang serupa juga pernah dilaporkan kedengaran di beberapa kawasan dunia sebelum ini seperti di Tennesse (Amerika) pada 12 Mei 2011, Kiev (Ukraine) pada 11 Ogos 2011, Aaborg (Denmark) pada 16 September 2011, Budapest (Hungary), Moscow (Rusia), Cichago (US), Sweden, Czeh Republic, Conklin (Canada) dan paling terkini di London (UK) pada 17 januari 2012. - boleh cari di YouTube

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh dari langit telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh dari langit itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP).

Ada juga yang mengandaikan bunyi aneh tersebut datangnya dari bunyi naga. Agak lucu bila kedengaran, mungkin ada yang berkata sebegitu hanya untuk jenaka, tapi tidak mustahil jika ada yang mempercayainya sebagai satu perkara yang benar selagi kebenaran belum di buktikan.

Terdapat juga beberapa hadis-hadis akhir zaman dan kitab-kitab dari ulama islam yang menyatakan perihal suara dari langit (suara para malaikat) yang mengaitkan dengan kemunculan Imam Mahdi.

Salinan hadis-hadis yang diambil daripada kitab Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar, karangan ulama besar Ahlus Sunnah, Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki al-Ansari (909H – 974H).

22. Seruan Dari Langit

“Pada kemudian kelak, akan terjadi bencana di mana orang yang berada di sebelahnya tidak menyedarinya melainkan dia sendiri turut tertimpa bersama-sama sehingga datang penyeru dari langit yang berkata, “Sesungguhnya pemerintah kamu semua adalah si fulan (maksudnya Al-Mahdi).”

56. Hamba Allah yang Terpilih

“Al-Mahdi dizahirkan pada bulan Muharam dan ada satu suara yang menyeru dari langit, “Ketahuilah bahawa hamba Allah yang terpilih adalah si fulan, iaitu Al-mahdi. Oleh itu, dengarlah perintahnya dan taatilah dia.”

Keterangan Daripada Para Sahabat RA
 8. Suara Hatif
“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran berada di pangkuan Keluarga Nabi Muhammad SAW,” maka pada ketika itu Al-Mahdi mulai gempar diperkatakan orang. Lantas umat manusia beransur-ansur mencintai Al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain lagi yang disebut-sebut oleh mereka melainkan Al-Mahdi.”
Keterangan Daripada Tabiin dan Tabiit Tabiin
1. Seruan Dari Langit

“Nama Al-Mahdi akan dipanggil-panggil dari arah langit.”

40. Terjadi Bencana Sebelum Al-Mahdi

“Alam ini akan mengalami bencana, suatu yang tidak berkesudahan, sehinggalah terdengar satu seruan dari langit, “Ketahuilah bahawasanya yang menjadi pemimpin kamu di dunia ini adalah si anu. Dialah pemimpin yang sejati.” Diulang-ulang sebanyak tiga kali”

41. Seruan Dari Langit

“Suara dari langit menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Rasulullah SAW.” Pada ketika itu suara dari bumi menyebutkan, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa.” Atau dia mengatakan “Al-Abbas.” Suara dari bumi itu adalah suara syaitan manakala seruan dari langit itu adalah Kalam Allah, dan seruan inilah yang menang.”

42. Lahirnya Puak-puak dan Berbeza-beza Pendapat

“Di dunia ini akan terjadi sikap berpuak-puak dan perbezaan pendapat, sehingga muncul suatu tangan dan seruan dari langit yang menyeru, “Ketahuilah, bahawasanya pemimpin kamu semua adalah si fulan.”

43. Suara Dari Langit

“Semasa Al-Mahdidan As-Sufyani bertembung dalam peperangan, akan terdengar suatu suara dari langit, “Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah adalah kawan-kawan Al-Mahdi.”

44. Tanda-tanda Pada Hari Itu Juga

“Tanda-tanda pada hari itu adalah adanya tangan yang menjulur dari langit yang dapat dilihat oleh sekalian manusia.”

54. Suara yang Memanggil-manggil Nama Al-Mahdi

“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama Al-Mahdi. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang, sama ada yang berada di Timur ataupun di Barat, sehinggakan orang yang sedang tidur pun akan terjaga kerananya.”

Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini.

Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami yang datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini.

Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.

*** sebarkanlah jika ianya bermanfaat agar timbul kesedaran di kalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa akan hampirnya akhir zaman. Wallahualam...


Tags: Dunia , Misteri , Pelik

22 ulasan

  1. nurmisnan says:

    baru perasan hal ini.. thanks for sharing here

    gerun mendengarnya.. Semoga Allah SWT
    mengampuni kita semua..

  2. Allah Maha Kuasa atas kejadian di dunia dan akhirat.

  3. Tanpa Nama says:

    correct me if im wrong,setahu aku suara yg aneh/gerun akan terjadi pada pertengahan ramadhan dan perkataan dikeluarkan akan difahami oleh semua manusia dan didengari oleh sumer penduduk di bumi ni..so incident ni bg aku still inconclusive.but who knows..Allah maha kaya kan..anything can happen.May Peace Be Upon You

  4. Tanpa Nama says:

    ia saya sudah mengerti ..
    kalau boleh berpendapat ..
    suara yang keras yang terjadi kemarin adalah suara putri dajjal..
    yang memanggil seseorang yang ia cintai..
    yaitu seorang anak manusia pilihan..

  5. Saya dari ahli MASTECH Team berterima kasih atas berita baru ini. Kami sekumpulan pelajar akan berusaha untuk mencari jawapan di sebalik misteri ini. Dan kemungkinan ia berkenaan dengan jawapan sain atau agama. Keputusan kajian akan di poskan jika kajian ini berhasil.

  6. Kami sekumpulan pelajar dari MASTECH Team berterima kasih di atas berita baharu ini. Kami akan cuba melakukan kajian berdasarkan sains dan agama di atas situasi yang membimbangkan ini. Kami akan mengeposkan hasil kajian kami setelah ianya selesai. Ttetapi kemungkinan ia adalah suatu petunjuk dari Allah Subha nahu wa taala. Bahawa bumi ini semakin tua dan akhir zaman semakin hampir dan Dia menyuruh kita semua bertaubat kepadanya dan mencukupkan bekalan amalan kita. Wassalam.

  7. Tanpa Nama says:

    HAARP weapon.. Konspirasi Amerika.. Setelah bunyi berkenaan kedengaran akan terjadila gempa bumi.. Ini semuanya permainan dajjal amerika akhir zaman

  8. Tanpa Nama says:

    wah berita lama tapi saya baru tahu nih,, menarik sobat..

  9. Tanpa Nama says:

    Ketika tu,aku pasti akan bersama2 Mukmin yang Di berkati di belakang Imam Mahdi menentang Dajjal si mata buta.. Akn ku lepaskan seluruh tenaga ketika bertempur dengan Si Penipu bermata 1 itu, yakni tumbukan Maut dr hati yang Ikhlas dengan Izin Allah.. ALLAH HU AKBAR!! Takbir!!ALLAH HU AKBAR!! TAKBIR

  10. Tanpa Nama says:

    Masuk ke situs berikut gan, untuk mengetahui kapan perang akhir zaman di mulai : http://mujahidinanonymous.wordpress.com

  11. Tanpa Nama says:

    Subhanallah!aku memang pernah dengar tentang berita tu.takut pada kemurkaan Allah

  12. Tanpa Nama says:

    Subhanallah!aku memang pernah dengar tentang berita tu.takut pada kemurkaan Allah

  13. Tanpa Nama says:

    Subhanallah!aku memang pernah dengar tentang berita tu.takut pada kemurkaan Allah

  14. Tanpa Nama says:

    Subhanallah!aku memang pernah dengar tentang berita tu.takut pada kemurkaan Allah

  15. Tanpa Nama says:

    Subhanallah!aku memang pernah dengar tentang berita tu.takut pada kemurkaan Allah

  16. Tanpa Nama says:

    X kiralah ada bunyi ke x ada bunyi..... dunia memang dah nak kiamat. X payah tunggu kiamat yang besar.... entah kita sempat nak hadapi atau tidak...kiamat yg kecil semakin hampir( kematian) tapi kita selalu terlupa tentang hal itu.... entah esok lusa giliran kita...

  17. Tanpa Nama says:

    Allah maha besar...wahai umat islam bersatu..bermuhasabah dan berdoa..

  18. Tanpa Nama says:

    Allahhuakbarrrr....

  19. Tanpa Nama says:

    allahhuakbarr......
    allahhualbarrr.....

  20. luthifayusyira says:

    Subhallah...mmg telah bnyak tanda2 kiamat kecil..muda2han aku sempat brtaubat pada mu ya allah sbnyak bnyak nya amiinn

  21. Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.

Catat Ulasan