You Are Here: Home - Haiwan , Misteri - Misteri! Raksasa Laut Bahagian 1


Raksasa laut merupakan makhluk mitos atau legenda, yang sering dipercayai mempunyai saiz yang besar. Raksasa Laut boleh dikategorikan dengan pelbagai bentuk, termasuk naga laut, ular laut, atau binatang yang berbilang tangan. Mereka juga berlendir atau bersisik dan sering digambarkan mengancam kapal-kapal. Takrif "raksasa" adalah subjektif, dan beberapa raksasa laut mungkin telah menjadi seperti ikan paus dan jenis sotong gergasi dan raksasa yang diterima secara saintifik.  

Kita ketahui, 2/3 dunia ditutupi air. Ini adalah kawasan yang cukup luas untuk didiami dan juga tidak boleh dicapai manusia. Jika, lautan ini seperti akuarium, mungkin kita akan boleh melihat gua-gua laut yang diterokai seperti apa yang kita baca di dalam buku-buku geografi. Untuk itu, kita hanya boleh membuat anggaran mengenai kehidupan laut berdasarkan sedikit bukti yang diperlihatkan oleh laut dari masa ke semasa kepada kita. Boleh jadi, raksasa laut ini memang wujud. Mari kita lihat penemuan-penemuan yang ada sehingga kini.


Makhluk yang berusia 150 juta tahun (plesiosaurus) ditemui pertama kali pada tahun 2006 di Spitsbergen, sebahagian daripada kepulauan Svalbard Norway, di gurun kutub yang bersepah dengan fosil reptilia laut. Kemudian, pada 2008, fosil yang lengkap ditemui dan terpelihara baik di lombong Kanada.




April 25, 1977, Maru Zuiyo kapal nelayan Jepun, kapal pukat tunda untuk ikan kembung di luar pantai New Zealand, tersangkut bangkai reput pada kedalaman 900 kaki. Ianya adalah seekor haiwan laut misteri berukuran 14m panjang dan nampak seperti raksaksa laut zaman purba. Prof Tokio Shikama, seorang pengkaji haiwan purba Universiti Yokohama mengistiharkan bahawa bangkai itu bukan dari sebarang spesis ikan atau mamalia yang diketahui tetapi ada persamaan antara bangkai itu dengan haiwan laut purba pleisiosaurus yang sepatutnya telah pupus lebihkurang 100 juta tahun yang lalu.




Bersambung Misteri! Raksasa Laut Bahagian 2...





Tags: Haiwan , Misteri