You Are Here: Home - Melayu , Misteri , Sejarah , Video - Misteri Melayu Bahagian 1: Piramid Warisan Melayu

Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel

Cerita mengenai “Piramid Melayu” mungkin sudah lama diketahui. Jadi dalam entri kali ini menceritakan seberapa ringkas dan padat mengenai kisahnya.

Mengikut kepada kajian terdahulu, terdapat satu kaum yang tinggal di tepi tasik di pedalaman Jepun. Kaum tersebut mengamalkan cara hidup tradisional dan bahasa yang diguna pakai oleh mereka tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut. Bahasa mereka ini tidak ada persamaan langsung dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar Jepun kecuali tiga perkataan yang dikenal pasti memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain (Melayu). Perkataan itu adalah mata, batu dan air.

Kemudian baru-baru ini, timbul pula penemuan menumen sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat ditemui di dasar laut sekitar Okinawa, Jepun berhampiran Pulau Yonaguni! Piramid tersebut berada pada kedalaman 100 kaki dari aras laut. Mempunyai tangga, gerbang dan jalan berturap! Hebat bukan? Para pengkaji menjangkakan usia piramid ini adalah kira-kira sudah berusia 10,000 tahun berdasarkan dari ujian radiokarbon dan pada ketika itu dimana peradaban Jepun pada ketika itu hanyalah memburu binatang dan memungut hasil hutan untuk menyara diri.
 

Ini adalah sesuatu yang sungguh misteri jika dibandingkan dengan peradaban piramid di Mesir iaitu bermula kira-kira 5,000 tahun yang lalu. Jadi, siapakah yang telah membina piramid ini? Satu lagi penemuan yang dirahsiakan oleh para pengkaji iaitu tulisan mirip tulisan Rencong ditemui di barat daya struktur itu. Ia terukir di ruangan dalam piramid itu. Laluan tersebut ditutup dan tidak dibenarkan masuk oleh pihak tertentu.


Seorang ahli arkeologi dari College University of London, Jim Mower telah berpandangan bahawa usia peradaban dasar laut Pulau Yonaguni itu menjangkau 10,000 tahun yang dikira setaraf peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Menurut beliau lagi, dengan penemuan ini, banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara telah berubah.

Profesor Kimura dari Universiti Ryukyu, berkata "struktur piramid ini menyerupai dalam banyak aspek daripada menumen purba Maya di Amerika Tengah serta piramid di tanah besar Jepun, China, dan Mesoamerika," Walau bagaimanapun, tidak seperti yang lain, struktur ini adalah di bawah lautan. Dari manakah mereka datang? Dari cerita orang-orang Okinawa, ianya adalah tamadun yang hebat di mana keamanan dan keharmonian sentiasa dijaga. Legenda mengatakan bahawa ini adalah tamadun besar "dimusnahkan oleh hujan api dan ditelan lautan." Batu berukir dengan watak-watak yg sukar dibaca dari gua di Okinawa dipercayai sebagai suatu rekod tamadun yang hebat dengan banyak kuil-kuil yang telah ditelan oleh laut, muncul kembali untuk satu masa, dan kemudian hilang ke dasar laut.

Penemuan sebilah keris purba di sebuah kuil “Enkakuji Temple”di dasar laut Pulau Okinawa, Jepun.
Bersambung...Misteri Melayu Bahagian 2: Keris Purba Melayu

Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Yonaguni, Jepun :


Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :

-klik untuk besarkan-

Beberapa video yang berkaitan mengenai misteri penemuan ini

The mystery of Yonaguni underwater structure01


The mystery of Yonaguni underwater structure02

 

Lemuria / Mu - (2008 English edition)




Tags: Melayu , Misteri , Sejarah , Video

0 ulasan

Catat Ulasan