You Are Here: Home - Dunia , Foto , Haiwan - Memerang Ini Berdoa Untuk Ikan?


Gambar dua ekor memerang ini telah di tangkap oleh Marac Andrev Kolodzinski di Zoo Whipsnade di Dunstable, Bedfordshire. Beliau menghabiskan selama 2 jam bagi mendapatkan pergerakan atau saat yang sesuai seperti sedang berdoa.

Menceritakan pengalaman beliau ketika mengambil gambar memerang bersama kawan-kawannya pada ketika itu, sebenarnya seekor memerang sedang bermain dengan batu dan dengan tiba-tiba seekor lagi memerang melompat keluar dari dalam air yang menyebabkan memerang itu terkejut seterusnya menyebabkan batu yang dipegang melayang ke udara. Apabila kedua-dua memerang itu mula berebut, pada ketika itu gambar diambil.

Walaupun Marac telah mengambil gambar selama lebih 20 tahun, dan beliau berkata ini adalah kali pertama beliau menangkap imej yang sebegitu unik seperti ini.

Beliau banyak dipanggil oleh orang-orang agama kerana hasil karyanya berunsurkan ketuhanan. Pernah sekali beliau di panggil oleh seorang lelaki dari Switzerland untuk mengajar kepada semua orang tentang bagaimana beliau rasa, dan apa yang beliau alami pada masa itu.


Tags: Dunia , Foto , Haiwan

0 ulasan

Catat Ulasan