You Are Here: Home - Nuffnang Info - 6 Syarat Mendapat Kempen CPM (Buffered Earnings) Dari Nuffnang



Dua hari lepas, aku ada hantar support ticket mengenai "Buffered Earnings". Bertanyakan bagaimana nak mendapatkan buffer earning? Apakah syarat yang utama untuk blog tersenarai Buffer Earning?














Subject: Re: Belum pernah dapat buffered earning
Date: 25 Jul 2011 02:38 PM


Hai amgreatz,

Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM. 

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Faktor-Faktor

1.   Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi.



2.   Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut.







3.  Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

4.   Keberkesanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.


5.   Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.


6.  Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.



Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my


8 ulasan

  1. CIKPUAN says:

    semua 6 tu dah comply ngan blog sya.. tapi.. tak pernah dapat pun BE

  2. EARNic says:

    already remove nuffnang from my blog

  3. Encik JI says:

    first time dpt BE stlh sbulan berbloging :)

  4. amgreatz says:

    kire en. JI ni hebatla..kasi tip skit..plz

  5. barulah faham dengan sepenuhnya maksud kempen cpm ni bila baca entry ini.tq

  6. Assalamualaikum...

    Jika ada blogger yang cepat nak tarik diri dengan program-program seperti Nuffnang, mereka bukanlah ikhlas dalam menerbitkan blog mereka di internet.

    Mereka "agak" tamak ataupun terlalu cepat nak keuntungan padahal pengisian di blognya itu kurang atau langsung tiada ilmu untuk manfaat pengguna internet. Dengar orang lain dapat cek beribu-ribu, dia pun nak berblog juga, tapi bila tak dapat apa yang dikhayalkan, mula la nak marah-marah dan merajuk macam budak=-budak tak dapat gula-gula kapas.

    Anda semua boleh sertai apa jua program tetapi kaji semula niat asal anda membuat blog.., sama ada suka-suka atau anda rasakan mempunyai sesuatu yang bagus serta positif untuk dikongsikan dengan pengguna internet yang lain...

  7. Unknown says:

    Saya dapat BE tapi untuk blog destination yang dah berbulan tak update. Visitor tak sampai 20 orang sehari itupun mengharapkan enjin carian google...blog yang beratus visitor sehari dapat sekali jer BE...tak tahu sebab apa...

Catat Ulasan