You Are Here: Home - Dunia , Semasa - Tarikan Akuarium Beku Di Jepun
"Kori no Suizokukan" - adalah nama akuarium beku yang terletak di Kesennuma, Jepun. Para pelawat boleh melihat 450 sampel haiwan beku dan 80 spesies bawah air yang berbeza. Semua haiwan ini diambil dari pelabuhan nelayan yang terdekat.
Untuk membekukan sampel haiwan ini, kaedah pembekuan segera dilakukan bagi membuat pameran haiwan bawah air ini kelihatan segar. Disebabkan oleh suhu dalaman semasa akuarium adalah pada takat -20 Celsius, pelawat diberikan baju sejuk khas semasa melawat.
0 ulasan