You Are Here: Home - Dunia , Permotoran , Sains dan Teknologi - Transition - Kereta Terbang Pertama Di Dunia


Baru-baru ini prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. telah berjaya menamatkan penerbangan pertamanya pada Mac 2012 di Dee-Ann Durbin, Amerika Syarikat (AS).

Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat. Ia mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama 8 minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac yang lalu. Menurut jurucakap syarikat itu kelajuan Transition ini boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara. 

Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952). Sehingga kini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition. Bilangan pembeli terus meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada pada April 2012.

Walaubagaimanapun, kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang. Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS.

Diharapkan dengan terciptanya kereta terbang ini, ia akan menjadi titik tolak kepada perkembangan industri dunia permotoran akan datang. Mungkinkah pada masa akan datang akan wujudnya sistem kawalan traffik udara khas untuk kereta terbang ini?


0 ulasan

Catat Ulasan