You Are Here: Home - Agama , Lailatul Qadar , Misteri - Misteri Lailatul Qadar 2: Bila Ia Berlaku


Malam Qadar adalah suatu malam yang penuh dengan misteri kerana tarikh malam lailatul qadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya. Pendapat ini disokong oleh kebanyakan ulama termasuk Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut, Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Tepatnya pada malam-malam ganjil iaitu dari malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Berkata Imam Ghazali dan lainnya:
“Lailatul Qadar pada malam yang gasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir.” Dan mereka turut berkata: “Sesungguhnya Lailatul Qadar diketahui dengan hari yang pertama dari bulan Ramadhan.”

Bagaimanapun, tarikh yang tepat adalah sukar untuk kita tetapkan. Ini kerana penetapan tarikh permulaan puasa adalah berlainan bagi negara masing-masing. Suasana dan cuaca sesebuah Negara juga adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan.

Terdapat beberapa tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Antaranya adalah iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Hal ini atas dasar salah satu hadits Rasulullah SAW, Rasulullah SAW ditanya tentang tanda-tanda malam Lailatul Qadar. Beliau menjawab : Ialah malam yang cerah, pada malam itu tiada panas, tiada hujan, tiada angin, tiada bintang (meteor) diluncurkan (dilemparkan) dan paginya matahari terbit tidak dengan sinar yang menyilaukan.

Bagi menghidupkan malam-malam terakhir ramadhan, kita dianjurkan mengerjakan tahajud, solat, membaca Al-Quran, zikir, doa, istighfar dan taubat kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.

Doanya:








0 ulasan

Catat Ulasan