You Are Here: Home - E-book - Panduan DPLI Tips Peperiksaan dan Temuduga MEdSI



 Semak nama ANDA! dalam calon peperiksaan MEdSI di sini


Assalamualaikum / salam sejahtera,

Adakah nama ANDA! tersenarai dalam panggilan peperiksaan MEdSI?

Semakan nama calon-calon peperiksaan MEdSI boleh dimulakan pada 22 April 2011.

Sila semak nama ANDA! di pautan ini :   http://www.mpm.edu.my/medsiregter/


Ikhwan Fahmi selaku penulis kepada ebook Panduan DPLI : Tips Peperiksaan dan Temuduga MEdSI telah melancarkan ebook kerjaya dan pendidikan ini. Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman beliausebagai seorang guru.

Pada tahun 2000 – 2005, dianggarkan seramai 624, 000 calon guru yang telah gagal diterima masuk ke dalam institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Hanya 27, 500 orang calon sahaja yang berjaya melepasi ujian kelayakan yang diadakan.

Persoalannya bagaimana pula dengan pengambilan di sekitar tahun 2006 - 2010? Sudah pasti lebih ramai calon guru yang membuat permohonan, dan lebih ramai yang menghadapi kegagalan.
Dalam setahun, lebih 50,000 rakyat Malaysia yang membuat permohonan untuk menjadi guru. Setelah peperiksaan dan temuduga dijalankan, hanya segelintir sahaja yang terpilih untuk mengisi 5,000 kekosongan jawatan tersebut.

Keterangan Ebook Panduan DPLI


Panduan DPLI : Tips Peperiksaan dan Temuduga MEdSI dikarang bagi membantu calon-calon guru untuk menghadapi ujian dan temuduga MEdSI yang dijalankan sebelum diterima masuk ke institusi pendidikan yang menawarkan program-program pendidikan.

 
Modul 1
Karier Perguruan Di Malaysia
Dengan mengetahui sejarah pendidikan di Malaysia, calon-calon guru akan dapat memberikan perbezaan yang berlaku dalam sistem pendidikan pada masa dahulu dan hari ini. Berikut adalah topik-topik yang dikarang bagi memenuhi persediaan ilmu pengetahuan seorang calon guru :
• Karier Perguruan Di Malaysia
• Mewujudkan Guru Yang Berkualiti
• Proses Pembentukan Guru Yang Professional
• Tugas dan Tanggung Jawab Guru
• Ilmu Pengetahuan Yang Luas
• Kepakaran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
• Sejarah dan Pendidikan Di Malaysia
• Guru dan Mentaliti Global
• Sambutan Hari Guru


 
Modul 2
Pengenalan MEdSI
Apa itu ujian MEdSI? Mengapa ianya diwujudkan? Mengapa setiap calon-calon guru DPLI perlu mendudukinya?
Pasti ada banyak persoalan yang sedang berlegar di dalam fikiran anda. Dalam ebook ini calon-calon guru akan mendapat maklumat lengkap yang berkaitan dengan MEdSI seperti :
• Pengenalan MEdSI
• Tujuan Penubuhan MEdSI
• Komponen Ujian MEdSI
• Nilai Integriti
• Kecerdasan Emosi


 
Modul 3
Contoh Soalan MEdSI
Anda tidak mempunyai pengalaman menghadapi peperiksaan MEdSI, namun dengan adanya ebook ini, beberapa contoh-contoh soalan MEdSI dapat membantu anda membuat persediaan seperti soalan yang merangkumi :
• Personaliti
• Minat Kerjaya
• Nilai Integriti
• Kecerdasan Emosi
Dengan mengulangkaji 4 topik utama ini, calon-calon guru akan mendapat gambaran awal bagaimana hendak melakukan persediaan menjawab bagi menghadapi peperiksaan dan temuduga MEdSi dengan lebih mudah.

 
Modul 4
Permohonan Menduduki
Ujian MEdSI
Anda hendak membuat permohonan untuk menjadi seorang guru, tetapi tidak tahu di mana dan bagaimana prosedurnya. Dalam ebook ini akan diterangkan dengan perkara-perkara seperti :
• Syarat Menduduki Ujian MEdSI
• Permohonan Untuk Menduduki Ujian MEdSI
• Beza Di Antara Ujian MEdSI dan MTeST
• Panduan Ringkas Menghadapi Ujian MEdSI 2011
Dengan adanya panduan ini, diharapkan rakyat Malaysia yang bercita-cita menjadi seorang guru tidak akan terlepas peluang lagi untuk membuat permohonan sebagai guru dengan waktu yang tepat. Sekali anda terlepas, masa setahun diperlukan untuk menunggu waktu permohonan dibuka, itu pun bergantung pada kekosongan tempat pengajian.

 
Modul 5
Temuduga dan Ujian
Kemahiran Khas
Kurang persediaan adalah masalah utama yang sering menimpa calon-calon guru ketika peperiksaan dan temuduga MEdSI dijalankan. Mengetahui perkara-perkara seperti berikut boleh membantu anda untuk mengulangkaji dengan lebih berkesan :
• Panduan Temuduga
• Penampilan Diri
• Pengetahuan Umum
• Corak Penyampaian
• Contoh-contoh Soalan Temuduga
• Persediaan Menghadapi Ujian MEdSI
• Persiapan Temuduga
• Ujian Khas
• Tajuk dan Isu Pendidikan Berkaitan Dengan Temuduga
 


Tags: E-book

1 ulasan

  1. amgreatz says:

    Hari ini saya ingin berkongsi dengan ANDA mengapa ramai calon guru mengalami kegagalan dalam temuduga pendidikan yang dikendalikan oleh KPTM.

    Berikut adalah 3 kesilapan utama yang sering dilakukan oleh calon guru sepanjang proses temuduga dijalankan.

    1.Tidak menguasai Bahasa Melayu dengan sepenuhnya.

    Sebagai seorang guru, menguasai Bahasa Melayu adalah satu kemestian kerana ia adalah bahasa rasmi dan bahasa pengantar untuk setiap sekolah di Malaysia.

    2. Tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

    Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi sekolah, anda harus mempunyai kredibiliti untuk berbahasa Inggeris sebagai satu kelebihan dan contoh kepada pelajar.

    3. Tidak yakin untuk memberikan pendapat dan jawapan.

    Keyakinan merupakan salah satu syarat untuk seorang guru berkomunikasi dengan pelajar ketika sesi pembelajaran diadakan. Anda harus memiliki keyakinan sebagai salah satu persediaan untuk menjadi guru. Tanpa keyakinan komunikasi takkan berkesan.


    Untuk pengetahuan ANDA, ada lagi 12 lagi sebab kegagalan yang dikenal pasti. ANDA boleh dapatkannya di laman [letakkan pautan affiliate anda].

    Dapatkannya di sini

Catat Ulasan