You Are Here: Home - Informasi , Sains dan Teknologi - Kenali Rokok Elektronik


Rokok elektronik adalah satu teknologi yang agak baru yang sering juga dirujuk sebagai e-rokok, atau e-cig. Rokok yang dikendalikan oleh bateri ini adalah alat kecil yang mengagumkan, direka untuk simulasi kesan rokok dalam reka bentuk dan fungsi. Dengan penampilan semata-mata, kebanyakan orang ramai tidak akan perasan apa-apa perbezaan di antara e-rokok dan rokok tembakau biasa.


Rokok elektronik menghasilkan wap yang tebal yang hampir menyerupai asap rokok biasa. Tidak seperti asap rokok biasa, ianya tidak mengandungi Tar dan juga sebahagian kecil daripada 4000 bahan kimia yang biasanya ditemui di dalam rokok tembakau biasa. Ianya masih dibawah pengaruh nikotin.

Wap e-rokok terhasil daripada elemen pemanas yang terdapat pada bahagian batang e-rokok. Elemen pemanas ini memanaskan sejumlah kecil cecair (sama dengan mesin kabus), dan dengan itu mewujudkan wap dengan rasa yang sama serta konsisten seperti asap rokok biasa. Rokok Elektronik ini tidak menghasilkan apa-apa asap sebenar, jadi tidak ada keperluan untuk pencucuhan menggunakan mancis atau lighter. Oleh yang demikian, tidak ada asap terpakai dan tiada risiko bahaya kebakaran.


Sebagai paparan gambar rajah di atas, terdapat tiga bahagian utama kepada rokok elektronik:

1. Bateri:
Bahagian terbesar e-rokok adalah bateri, terletak pada penghujung yang ada penunjuk LED dan bercahaya apabila disedut.

2. Pengabut/elemen pemanas:
Terletak di antara bateri dan alat sedut, pengabut meresap cecair nikotin dari kartrij menjadi kabus wap yang boleh disedut.

3. Penyedut:
Semua e-rokok didatangkan dengan bahagian dimana wap dikabutkan dan dipanaskan melintasi bibir penyedut. Bahagian ini juga secara tradisi di mana cecair Nikotin terkandung.


3 ulasan

  1. hmmmm.... baik isap rokok daun pisang...
    hilang penyakit resdung... hik3

  2. aku x pakai nie pon mampu berhenti isap okok~ tp


    ada tpnya,, *sambung d atas!


    aku xley stop isap Shisha plak.... warrghhhhhh~~~~ camne yek..!

Catat Ulasan