You Are Here: Home - Haiwan , Pelik - Ikan Raksasa Oarfish
Saintis masih belum mengenal pasti identiti raksasa-raksasa laut yang menjadi misteri sehingga kini. Salah satu dari raksasa laut tersebut telah dipertimbangkan dan ia dikenali sebagai Regalecus Glesne atau Oarfish. Jika melihat kepada gambar ikan ini, tidak hairanlah mengapa pada dahulunya makhluk ini sering disangka sebagai ular laut atau raksasa laut dan tidak kurang juga yang mengatakan ia adalah naga air.
Ikan ini termasuk ke dalam kategori gergasi dan sangat jarang kelihatan. Ikan ini tidak pernah tertangkap kamera dalam keadaan hidup sehingga tahun 2001. Ia termasuk ke dalam keluarga Regalecidae yang mempunyai empat spesies. Salah satu spesies, Regalecus Glesne, yang dibincangkan ini, pernah tersenarai dalam Guinnes Book of World Record kerana ditemui seekor yang hidup dengan panjang badan sehingga 11 meter.
Makanannya adalah plankton dan makhluk-makhluk laut kecil yang lain. Ia mampu hidup sehingga kedalaman 1,000 meter. Anehnya, ikan ini tidak mempunyai sisik. Tubuhnya hanya diselimuti oleh membran yang disebut guanine. Ikan ini mempunyai sirip tunggal yang berwarna merah.
Para pelaut masa lampau mungkin telah melihat ikan ini di permukaan dan mempersepsikannya sebagai raksasa laut. Misalnya, pada tahun 1860, ketika seekor Oarfish sepanjang 5 meter terdampar di pantai Bermuda, para penduduk mengaitkannya dengan legenda raksasa laut.
Setiap orang yang melihatnya pasti berasa takjub dengan bentuk dan susuk tubuh badanya yang pelik.
0 ulasan