You Are Here: Home - Fenomena Alam , Pelik - Kejadian Sekitar Gerhana Bulan 10/12/11


Baru-baru ini, pada 10 Disember 2011, gerhana bulan telah berlaku. Ramai diantara kita yang sibuk mencari tempat untuk melihatnya dan tak kurang juga yang mengambil kesempatan melakukan eksperimen.

Tahukah anda, disebabkan kandungan telur yang mempunyai dua bahagian yang mempunyai ketumpatan yang berbeza iaitu kuning telur (lebih tumpat) dan putih telur (kurang tumpat) di dalam satu kurungan mampu menunjukkan kehadiran tarikan graviti bulan.

Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut. Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan berlakulah air pasang perbani atau disebut juga air pasang besar.

Eksperimen oleh : Mohd Ezli Mashut ( Jam 11.00 Malam ketika Gerhana Bulan Penuh )


Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke ke atas.

Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan.



Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

**Tidak mustahil juga ia juga mungkin berlaku kepada wanita mengandung dan anak dalam kandungan dimana anak akan berada di bahagian bawah manakala air di bahagian atas.

Bagaimana Gerhana Bulan 10 Disember 2011 Berlaku




3 ulasan

  1. kepada anda yang mengandung, boleh share pengalaman atau kelainan semasa gerhana bulan penuh malam semalam

  2. Hisham says:

    kalau yang tak mengandung???
    kena cari org mengandung dulu....

  3. Mr. Hardy says:

    biar betul telur berdiri??? ;)

Catat Ulasan