Seorang saintis dari Rusia telah mendakwa seekor gajah raksasa muda dari spesis Mammoth pernah berkeliaran di kawasan tundra Siberia dan dipercayai dibunuh oleh manusia Zaman Ais semasa raksasa ini mencari mammoth betina pada ribuan tahun dahulu.
Prof. Alexei Tikhonov dari Institut Zoologi di St. Petersbeurg mengumumkan penemuan Mammoth yang telah digali di permafros Siberia pada lewat bulan september lalu berhampiran tanjung Sopochnaya Karga, 3,500 km timur laut Moscow.
Mammoth yang diberi nama Jenya itu dianggarkan berusia 16 tahun. Ia dijumpai oleh seorang budak rusia dengan anggota haiwan itu terjulur keluar dari lumpur keras. Ia mempunyai ketinggian 2 meter dengan 500 kilogram berat.
Jenya adalah salah satu daripada badan mammoth yang paling terpelihara |
Mammoth mampu membesar sehingga mencapai 4 meter tinggi dan 10 tan berat. Mammoths biasanya berhijrah merentasi kawasan yang besar antara Great Britain dan Amerika Utara dan kepupusannya adalah disebabkan oleh manusia dan perubahan iklim.
Melalui pemeriksaan struktur tubuh badan Jenya telah membuktikan bonggol-bonggol besar yang terdapat pada Mammoth seperti yang dilihat pada lukisan dinding gua-gua di Zaman Ais di Sepanyol dan Perancis ini bukanlah tulang yang memanjang tetapi merupakan ketulan lemak besar yang membantu mereka mengawal suhu badan dan boleh hidup sepanjang musim sejuk.
Mammoth Yukagir ditemui pada tahun 2002 di perkampungan Siberia |
Kebanyakan bangkai yang dijumpai dan terpelihara dengan baik adalah anak mammoth. Bangkai Jenya adalah yang terbaik terpelihara sejak penemuan sebelumya mammoth gergasi pada tahun 1901 berhampiran sungai Beryozovka di rantau timur laut Rusia iaitu di Yakutia. Saintis berpendapat, Wolly Mammoth telah pupus sejak 10,000 tahun yang lalu dan banyak terdapat di di Alaska dan Rusia Wrangel Island luar pantai Siberia.
Para penyelidik dari Universiti Persekutuan Rusia berkata pada awal bulan September lalu, satu pasukan penyelidik antarabangsa telah menemui rambut, tisu lembut dan sumsum tulang Mammoth kira-kira 100 meter bawah tanah semasa ekspedisi musim panas di Yakutia.
Tinggalan anak Woolly Mammoth yang berusia 4 bulan |
Saintis telah menafsirkan banyak kod genetik Woolly Mammoth dari rambut yang didapati dalam permafros Siberia. Ada yang percaya ia mungkin untuk mencipta haiwan prasejarah ini jika mereka mendapati ada sel-sel hidup dalam permafros. Para penyelidik dari Rusia dan Jepun dikatakan sedang berusaha untuk mengklon haiwan ini.
mantap bos infonya sangat menarik dan sangat bermanfaat..
kren deh infonya bos...
Kesian mammoth
KESIAN MAMMOTH TUUU