You Are Here: Home - Dunia , Fenomena Alam , Pelik - Pelik! Hujan Rumpai Laut Di UK


Jalan Berkeley, berhampiran Cheltenham dipenuhi dengan taburan rumpai laut menyebabkan rumah-rumah, taman dan kereta di satu jalan pinggir bandar bersepahan dengan alga hijau yang berbau. 

Saksi yang juga seorang jurutera, Richard Overton dan isterinya, Kay, telah mengumpul sebaldi penuh lendir dari halaman depan rumah mereka. Beliau berkata amat kagum melihat keluar tingkap apabila rumpai laut bertaburan di laman rumah selepas ribut kuat.

"Saya pernah mendengar cerita hujan ikan yang diambil dan dibuang oleh ribut taufan tetapi tidak pernah pula rumpai laut. Saya sungguh terkejut. Kami mendapati terlalu banyak rumpai laut di taman kami dan ia adalah begitu ganjil." kata beliau.

"Malangnya ianya bukanlah ikan - jika tidak, kita boleh membuat hidangan lazat dengannya," katanya lagi.

Pakar percaya bahawa rumpai laut telah dikutip dari pantai Clevedon, utara Somerset, dan dibawa melalui udara sebelum dilepaskan di jalan Berkeley.
 
Ian Fergusson, dari Pejabat Metrologi berkata: "Terdapat beberapa ribut petir di kawasan itu dan jika salah satu awan corong menyentuh turun ke pantai, menjadikannya puting beliung, ia mungkin mengambil rumpai laut.
 


2 ulasan

  1. Unknown says:

    itu semua kuasa allah..dia nak tunjuk kat manusia supaya bersyukur & beriman dgn nya..tu juga rezeki dr dia..klu yg tak mengerti sia2 je la hidup ini

  2. Tanpa Nama says:

    Allah itu hendak tunjuk kat kita ni supaya ingat yg dia adalah satu

Catat Ulasan