You Are Here: Home - Fenomena Alam , Pelik - Akar Herba Menyerupai Seorang Budak


Seorang petani Zheng, 63,  di Datianba Village, mendapati keanehan semasa menggali untuk mendapatkan herba, yang akan digunakan sebagai tonik untuk buah pinggang dan untuk merawat tulang yang lemah serta keguguran rambut. Para saintis berusaha untuk memahami proses penghasilan pelik akar herba yang telah digali keluar dari tanah oleh seorang petani di China itu.


Zheng Dexun menunjukkan heshouwu iaitu herba china atau sejenis ubi yang berupa manusia, di Langzhong, Barat Daya Wilayah Sichuan, China. Ubi ini seberat 5,8 kilogram dan berdiri 62 sentimeter tinggi, menyerupai kanak-kanak yang telanjang.

Uniknya, di bahagian 'kepala' ubi terdapat mata dan hidung yang menonjol. Sebagaimana bentuk tubuh manusia, ubi tersebut juga dilengkapi dengan lengan, kaki.

Ini bukan kali pertama penemuan ubi pelik. Penemuan yang hampir serupa oleh seorang petani turut menggemparkan dunia dimana ubi berjantina!!!


1 ulasan

  1. nurmisnan says:

    SubhanAllah.... Hebat sungguh ciptaan-Nya..

Catat Ulasan