You Are Here: Home - Eksklusif , Informasi , wang kertas baharu - Wang Kertas Siri Baharu Mirip Duit Cina Mati


Inilah duit atau wang kertas baru negara yang baru dikeluarkan mulai 16hb julai 2012 lalu oleh Bank Negara Malaysia telah mencetuskan persoalan dan kritikan hebat dikalangan rakyat malaysia terutama media alternatif seperti blog dan laman sosial kerana ada ciri-ciri kesamaan dari aspek warnaya dan nilainya seperti Hell Bank Note yang digunakan masyarakat cina semasa mengiringi si mati. Bagaimanapun pihak BNM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut.

Ada sesetengah pihak berpandangan dan mengatakan bahawa wang kertas siri baharu itu yang telah direka pada tahun 2005 pernah dipamerkan kepada umum melalui media massa pada 2011 dan berkemungkinan pihak pencetak wang cina mati mendapat idea seterusnya mengambil kesempatan untuk mencetaknya.


Bertemakan 'Keunikan Malaysia', ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas siri terbaharu ini. Wang kertas siri baharu ini menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas yang turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih.

Ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Wang kertas siri baharu ini terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai.
Muat Turun Ciri-ciri keselamatan:
-Bank Negara Malaysia-


3 ulasan

  1. Hanif says:

    Mesra OKU....ok ler...

  2. Agaknya lepas ni orang cina tak payah guna duit cina mati lagi..terus guna jer duit ni.

  3. Tanpa Nama says:

    This piece of writing is in fact a fastidious one it
    helps new net viewers, who are wishing in favor of blogging.



    Also visit my blog :: acoustic guitar chords for beginners

Catat Ulasan