You Are Here: Home - China , Dunia , Semasa - Suami Saman Isteri Sebab Hodoh


Seorang lelaki dari China, Jian Feng telah menceraikan dan menyaman isterinya sebanyak $120,000 dan beliau menang kes tersebut.

Menurut laporan, Feng tinggal bersama isterinya yang cantik hidup bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang mana kelihatan sedikit pun tidak sama dengan mereka berdua. Bayi tersebut juga dilaporkan hodoh dan mengejutkan beliau.

Timbul keraguan dan syak wasangka dalam diri Feng dan beliau menuntut supaya isterinya memberitahu siapakah bapa sebenar bayi perempuan yang dilahirkan itu. Akhirnya, si isteri mengaku telah membuat rawatan pembedahan plastik di Korea Selatan untuk merubah keseluruhan mukanya menjadi cantik.

Feng telah menyaman di bawah terma isterinya telah menipu beliau sehingga mengahwininya dalam rupa yang palsu.




Tags: China , Dunia , Semasa

3 ulasan

  1. Ada juga lelaki begitu ya. pilih kerana cantik. Tapi betulkah juga perempuan tu buat pembedahan. Manatau dengan orang lain. hahaha

  2. Tanpa Nama says:

    cinta kerana rupa

  3. Tanpa Nama says:

    haha.. realiti.. artis2 korea yg fake tuh,, nanti ada anak boleh tengok.. XD haha.. hensem@cantik ori@tak..kahkah.. apa lah ada pada rupa?? dunia2

Catat Ulasan