Mata Mata (Chelus fimbriatus) adalah spesis penyu air tawar yang mendiami hutan Amazon dan lembangan Orinoco di Amerika Selatan. Penyu pelik ini adalah sepenuhnya haiwan aquatik akuatik iaitu berada di dalam air dan tidak naik ke daratan.
Ianya lebih suka berada di air cetek yang bertakung, kerana dengan mudah boleh mengeluarkan kepalanya dari air untuk bernafas.
Mata Mata boleh membesar dengan agak besar, sehingga 15 kilogram. Ia memakan invertebrat dan ikan seta tidak berbahaya kepada manusia, walaupun dengan penampilan mereka yang agak menakutkan sesetengah orang.
Mata Mata agak sensitif terhadap kualiti air, termasuklah di dalam kurungan ataupun di dalam hutan. Ia boleh terancam oleh pencemaran.
Mata-mata juga menjadi salah satu daripada binatang peliharaan yang esotik oleh sesetengah orang.
Jom layan video ini untuk kenali Mata Mata
Baka anjing pelik telah dilihat merayau di sekitar jalan-jalan Xinxiang di Wilayah Henan, Tengah China, mencetuskan kebimbangan dimana ia telah terlepas dari sebuah pusat penyelidikan perubatan yang berdekatan.
Dengan kulit berwarna pelik dan badan tidak berbulu, ramai pemerhati berspekulasi bahawa baka yang jarang dilihat ini mungkin dari jenis babi mutan pelik.
Walau bagaimanapun ia kelihatan pelik dengan rerambut berbulu putih di kepala, ekor merekot dan taring ganjil tetapi ada yang melihatnya seperti seekor kuda mini.
Seorang saksi berkata, "kulit berwarna merah jambu seolah-olah ia kelihatan seperti sejenis babi yang gagal dari eksperimen genetik".
Bagaimanapun, polis telah menafikan haiwan itu adalah subjek eksperimen genetik - mengesahkan ia adalah sebenarnya satu baka yang dikenali sebagai anjing crested Cina yang tidak berbulu.
"Ia sudah tentu anjing, dan ia agak mahal", kata seorang jurucakap.
Baka asing kerap ditampilkan sebagai saingan dalam Pertandingan Tahunan Dunia Anjing Paling Hodoh yang diadakan di California.
Pada setiap tahun hanya 4 ekor ikan Jenahak Emas dapat ditangkap di Teluk Bengal, laut India. Seorang nelayan di Chittagong berjaya menaikkan Jenahak Emas di teluk dan menjadi sensasi dengan hanya semalaman.
Seorang ahli perniagaan yang tidak dikenali dari Hong Kong telah membeli Jenahak Emas seberat 37 Kg dengan harga USD $ 38,000 (RM 116,000), untuk menikmati rasa isinya yang lazat. Jahangir Saudagar adalah orang yang menjual Jenahak Emas itu.
Saudagar, yang bekerja di pasar ikan berhampiran Chittagong, telah membeli Jenahak Emas itu di satu lelongan daripada nelayan yang pulang dari Teluk Bengal, sebelum menjualnya semula kepada ahli peniagaan dari Hong Kong.
"Saya terus untuk membida sehingga orang lain berputus asa kerana saya tahu saya boleh menjual ikan ini pada harga yang tinggi," kata Saudagar. Beliau menewaskan sekurang-kurangnya 500 peniaga-peniaga lain.
Profesor zoologi, Noman Siddiqui dari Akademi Perikanan Laut di Chittagong berkata warna keemasan Jenahak itu adalah penyebab harganya yang tinggi.
![]() |
| Gambar oleh Gerard Lacz |
Ikan primitif yang diberi nama Coelacanth (disebut seel-uh-kanth) dianggap telah pupus bersama dinosaur 65 juta tahun yang lalu. Tetapi penemuan pada tahun 1938 oleh kurator muzium Afrika Selatan pada pukat tunda nelayan tempatan menarik perhatian dunia dan menyalakan perdebatan tentang bagaimana ikan pelik bersirip lobus ini sesuai dengan evolusi haiwan darat.
Terdapat hanya dua spesies coelacanths yang dikenali: yang tinggal berhampiran Kepulauan Comoros di luar pantai timur Afrika, dan satu lagi yang ditemui di perairan Sulawesi, Indonesia. Ramai saintis percaya bahawa ciri-ciri unik Coelacanth yang melambangkan satu langkah awal dalam evolusi ikan kepada haiwan berkaki empat daratan seperti amfibia.
Ciri-ciri yang paling menonjol "fosil hidup" ini adalah sirip lobus berpasangan yang memanjang menjahui dari badan seperti kaki dan bergerak dalam bentuk yang berselang-seli, seperti kuda berlari. Lain-lain ciri unik termasuklah sendi engsel dalam tengkorak yang membolehkan ikan ini untuk meluaskan mulut untuk menelan mangsa yang besar, tiub berisi minyak, yang dipanggil notochord, yang bertindak sebagai tulang belakang, sisik tebal yang hanya ada pada ikan pupus, dan organ electrosensory dalam muncung yang berkemungkinan digunakan untuk mengesan mangsa.
Coelacanths merupakan makhluk laut dalam yang sukar ditemui, hidup pada kedalaman sehingga 2300 kaki (700 meter) di bawah permukaan air. Mereka boleh besar, mencapai 6,5 kaki (2 meter) atau lebih dan seberat 198 paun (90 kilogram). Para saintis menganggarkan mereka boleh hidup sehingga 60 tahun atau lebih.
Jumlah bilangan mereka tidak diketahui tetapi boleh diramal. Kajian di Comoros menganggarkan hanya kira-kira 1,000 kekal di sana. Mereka dianggap sebagai spesis terancam.
Weta
Adakah serangga ini terbesar di dunia? Ia bergantung kepada definisi anda. Tetapi melihat "Weta" gergasi di New Zealand memakan pada lobak merah pasti memberikan anda sesuatu yang mengujakan.
Serangga mirip seperti cengkerik ini dikenali sebagai weta gergasi atau wetapunga oleh orang Maori, dan sebagai Deinacrida heteracantha oleh saintis. Ia hanya boleh dijumpai di kawasan-kawasan yang dilindungi seperti Pulau Barrier Little New Zealand. Di sinilah Mark Moffett, ahli entomologi dan explorer di Smithsonian Institution, menjumpai spesimen ini selepas dua malam pencarian. Mark Moffett mendapati serangga ini mempunyai 71 gram dan 7 inci panjang yang mengejutkan.Weta gergasi adalah serangga yang terbesar di dunia, dan ini adalah yang terbesar pernah dijumpai. Mark Moffett berkata, "beratnya bersamaan dengan tiga ekor tikus. Ia menikmati lobak merah yang begitu banyak dan ia seolah-olah tidak sedar yang ia sedang berehat di tangan kita, tetapi ini adalah spesis yang sangat terancam.
Water Boatman
Awal tahun ini, "water boatman" telah diisytiharkan sebagai makhluk yang paling bising di dunia oleh saintis dan menamakan bunyi nyayian serangga ini 'singing penis' kerana membuat bunyi menggunakan kemaluanya.
Satu pasukan biologi dan jurutera memberitahu Persatuan untuk Persidangan Tahunan Eksperimen Biologi di Glasgow bahawa mereka telah menemui serangga 2 mm panjang mampu membuat kebisingan berukuran 99,2 desibel - tahap yang sama seperti orkestra penuh bermain pada tahap terkuat sekali.
Itulah yang membuatkan pepijat, atau Micronecta scholtzi nama saintifiknya, haiwan paling bising di planet ini berbanding dengan saiz badannya.
Penduduk kampung Air Suda 2, Gerik, gempar dengan kelahiran anak kambing yang berwajah pelik pada hari Isnin lalu. Menurut menantu kepada pemilik kambing, Mohd Halim Mat Wahid, anak kambing itu berasal dari spesis kambing boer. Kejadian tu dianggap luar biasa kerana pemilik kambing Abd Karim 69 tahun, telah menternak kambing selama 20 tahun tetapi dia belum melihat kejadian pelik tersebut.
“Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.
Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.
Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.
“Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.
“Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Cerita labah-labah unta mula merebak semasa Perang Teluk 1990-91. Ia dipanggil labah-labah unta disebabkan oleh hatitatnya di gurun. Makhluk ini biasanya tidak berbahaya kepada manusia. Tetapi, makhluk ini amat menakutkan apabila berhadapan.

Askar di Iraq pernah digigit oleh labah-labah unta ini. Ya, makhluk boleh menggigit. Jika ia berbuat demikian, ada kemungkinan berlakunya jangkitan.
Labah-labah unta boleh bergerak pada kelajuan lebih 30 batu/jam, dan mengeluarkan bunyi seakan menjerit semasa mereka berjalan. Labah-labah unta boleh membesar sehingga sebesar Frisbee. Jika digigit oleh labah-labah unta, racunnya adalah anestetik dan boleh mengebaskan mangsanya.
Labah-labah unta boleh melompat setinggi 1 meter. Mereka biasanya menggigit semasa orang sedang tidur. Oleh kerana kesan kebas dari racunnya, mangsa tidak akan sedar sehingga mereka terjaga. Ia bukan sejenis labah-labah sebenarnya, ia adalah solpugids tetapi ia tergolong sebagai labah-labah dari kelas Arachnida.















